CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 3, 2009

Keharmonian Kaum

Kenapa Keharmonian kaum?

Di Singapura, keharmonian kaum ialah sangat penting. Ia akan sentiasa merapatkan perhubungan diantara pelbagai kaum yang terdapat di sini. Selain itu, ia juga memberi pengertian mengenai budaya kaum yang lain. Jika tiadanya keharmonian kaum, negara ini pasti akan menjadi kucar-kacir. Mungkin juga, tiada erti kedamaian di antara rakyat-rakyat. Kita harus memahami budaya orang lain jika kita mahu orang lain memahami budaya kita. Memang ada kalanya agak sukar tetapi ia adalah lumrah kehidupan. Seseorang itu tidak harus bersikap sombong atau mementingkan diri sendiri. Kita sepatutnya bersikap terbuka dan bertimbang-rasa dengan kaum-kaum yang lain.



Terdapat pelbagai jenis kaum di Singapura. Setiap kaum mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Singapura ialah sebuah negara yang harmoni kerana bilangan kaum yang agak banyak tetapi semua melalui hari-hari mereka dengan aman. Tidak pernah ada lagi pergolakkan atau pergaduhan diantara kaum sejak bertahun yang lalu. Sejarah peperangan dahulu telah mengajar generasi sekarang untuk menerima adanya kaum-kaum lain. Mereka juga layak menerima layanan yang sama rata.
:)

1 comments:

Anonymous said...

Saya setuju bahawa keharmoniam kaum di singapura sangat penting. Ini kerana Singapura mempunyai warga yang berbangsa dan beragama yang berlainan. Dan tentu Singapura tidak mahu perselisihan antara kaum-kaum di singapura. :)